19 April 2013

Pengenalan Blog Panitia Sains SeMSe

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Pada masa kini, kecanggihan teknologi dan kemudahan internet harus digunapakai pelajar dan guru sebagai kemudahan proses pembelajaran. Sehaluan dengan tema "1ASPIRASI,1AGENDA", 

Panitia Sains SeMSe telah bersetuju mengerah tenaga membina blog ini untuk memusat dan mengumpul bahan belajar dan interaktif agar pelajar lebih memahami subjek Sains dengan lebih mendalam. 

Seperti yang kita semua sedia maklum, proses pembelajaran Sains lebih mudah difahami, dihafal dan diingati dengan bantuan gambarajah, jadual, video serta bahan interaksi teknologi yang lain. Selain itu, gambarajah dan video yang menarik bukan sahaja menghiburkan tetapi sekaligus membina minat pelajar kepada subjek Sains yang dianggap sebagai subjek teras yang kritikal.

Semoga para guru dan pelajar menggunakan sebaik mungkin kemudahan blog panitia ini agar proses pembelajaran lebih difahami, disukai dan dapat diaplikasikan dalam hidup pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

"Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat."



:::: ADMIN ::::